Pernikahan Pasha Ungu dan Adelia
Kami ingin ucapkan tahniah buat Pasha vokalis band Ungu kerana telah selamat diijabkabulkan dengan Adelia semalam, Ahad 27 Mac 2011 jam 8 pagi.
Namun begitu majlis pernikahan Pasha Ungu dan Adelia lewat 1 jam dari yang dirancangkan. Keluarga Pasha tiba di Graha Batununggal Indah yang terletak di Bandung, Jawa Barat sekitar jam 8.45 pagi.
Pasha berdebar-debar saat pernikahan
Ketibaan Pasha dan keluarganya disambut dengan lagu daerah dan Pasha turut dikalungkan bunga melati oleh ibu mertua nya. Majlis akad nikah Pasha dan Adelia berlangsung lebih kurang jam 9 pagi dan kemudiannya diteruskan dengan majlis resepsi Pasha Ungu dan Adelia bermula jam 11.00 pagi.
Semasa pernikahannya, Pasha mengenakan busana lengkap putih dan Adelia Wilhelminaataupun lebih dikenali dengan nama Adel kelihatan cantik dengan mengenakan kebaya putih.
Adelia menerima mas kahwin wang bernilai 99 Euro dan emas seberat 27gram. Selesai beberapa adat seperti adat siraman dan adat sungkeman, vokalis Ungu, Pasha dan Adelia bersiap untuk majlis resepsi yang diadakan di tempat sama.
Gosip antara Pasha ‘Ungu’ dengan Alyssa yang sebelum ini masih menjadi tanda tanya akhirnya terjawab apabila Pasha memperkenalkan Adelia kepada umum sekitar Ogos 2010 dalam satu majlis.
Adelia seorang pramugari menarik perhatian ramai kerana kelihatan cantik, berkulit putih dengan potongan rambut pendek. Adelia kelihatan malu-malu dan bersembunyi di sebalik balik bahu sang kekasih ketika berhadapan dengan media. Pasha Ungu sebelum ini pernah berkahwin dengan Okie Agustina dan mempunyai 3 orang anak.
LimauAis: Lagu Tercipta Untukku ditujukan khas buat Adelia