Pages

Rabu, 20 Februari 2013

Pernikahan Pasha Ungu dan Adelia

Pernikahan Pasha Ungu dan Adelia


Kami ingin ucapkan tahniah buat Pasha vokalis band Ungu kerana telah selamat diijabkabulkan dengan Adelia semalam, Ahad 27 Mac 2011 jam 8 pagi.
Namun begitu majlis pernikahan Pasha Ungu dan Adelia lewat 1 jam dari yang dirancangkan. Keluarga Pasha tiba di Graha Batununggal Indah yang terletak di Bandung, Jawa Barat sekitar jam 8.45 pagi.

Pasha berdebar-debar saat pernikahan
Ketibaan Pasha dan keluarganya disambut dengan lagu daerah dan Pasha turut dikalungkan bunga melati oleh ibu mertua nya. Majlis akad nikah Pasha dan Adelia berlangsung lebih kurang jam 9 pagi dan kemudiannya diteruskan dengan majlis resepsi Pasha Ungu dan Adelia bermula jam 11.00 pagi.
Semasa pernikahannya, Pasha mengenakan busana lengkap putih dan Adelia Wilhelminaataupun lebih dikenali dengan nama Adel kelihatan cantik dengan mengenakan kebaya putih.
Adelia menerima mas kahwin wang bernilai 99 Euro dan emas seberat 27gram. Selesai beberapa adat seperti adat siraman dan adat sungkeman, vokalis Ungu, Pasha dan Adelia bersiap untuk majlis resepsi yang diadakan di tempat sama.
Gosip antara Pasha ‘Ungu’ dengan Alyssa yang sebelum ini masih menjadi tanda tanya akhirnya terjawab apabila Pasha memperkenalkan Adelia kepada umum sekitar Ogos 2010 dalam satu majlis.
Adelia seorang pramugari menarik perhatian ramai kerana kelihatan cantik, berkulit putih dengan potongan rambut pendek. Adelia kelihatan malu-malu dan bersembunyi di sebalik balik bahu sang kekasih ketika berhadapan dengan media. Pasha Ungu sebelum ini pernah berkahwin dengan Okie Agustina dan mempunyai 3 orang anak.
LimauAis: Lagu Tercipta Untukku ditujukan khas buat Adelia

1 komentar:

Casino Review | No Deposit Bonus for Indian Players - KT Hub
Casino Welcome Bonus, 구미 출장안마 100% Up To Rs. 대구광역 출장샵 2500. Bonus Code, Deposit Bonus 100%, Up to Rs 2500. 밀양 출장샵 Available to new 아산 출장마사지 players, Rs. 2500 bonus 서산 출장샵 code

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More